5 Syarat Ibadah



Setiap perbuatan atau pekerjaan yang kita lakukan seharian akan dinilai sebagai ibadah apabila ia memenuhi syarat. Dalam perbincangan ini ibadah bukanlah berkaitan dengan ibadah khusus sahaja seperti fardhu ain, tetapi sebenarnya apa sahaja perbuatan kita atau pekerjaan kita yang melibatkan fardhu kifayah akan menjadi amal yang soleh sekiranya ia memenuhi syarat2 berikut:

i – Niat

ii- pelaksanaan

iii – natijah

iv – perkara atau subjek

v – mengerjakan amalan fardu

 


Niat

Setiap sesuatu perkara atau amalan yang dilakukan mestilah niat kerana Allah, bukanlah kerana nilai-nilai komersial, kemasyhuran ataupun kehendak duniawi yang lain. Niat suci itu haruslah dijadikan  titik awal ketika melakukan perkara tersebut dan dikekalkan terus selama mana ia berada di bidang tersebut.

Perlaksanaan

Tujuan tidak menghalalkan cara. Niat yang baik mestilah dilaksanakan dengan cara yang baik. sebagai contoh jika seseorang terjun dalam bidang penulis, tulisannya itu mestilah bebas daripada unsur fitnah, mengumpat, mengadu domba, berbohong, dan sifat mazmumah yang lain. Matlamat yang baik tidak boleh dijadikan alasan untuk melanggar prinsip ini. Rasulullah s.a.w., para sahabat dan umumnya para salafussolleh telah memperjuangkan kebenaran (Islam) dengan cara yang benar, bukan dengan cara salah.

Natijah

Tulisan yang baik akan menjulang dan mendatangkan keuntungan metarial kepada diri penulis, jangan sesekali keuntungan metarial itu dihamburkan (dibelanjakan) ke jalan yang salah. Penulis juga tidak boleh tidak boleh sombong riak dan sum’ah jika tulisannya mendapat sambutan yang baik daripada pembaca masyarakat.

Perkara atau Subjek

Islam tidak pernah meghalang manusia dari menceburi bidang ini, malah mendorong dan mengatur supaya setiap aktiviti dalam kehidupan dapat memberikan manfaat dunia dan akhirat, dengan syarat ia tidak dicemari oleh perkara-perkara yang haram di sisi syariat.

Mengerjakan perkara-perkara yang fardu

Kesibukan tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan atau meremehremehkan perkara fardu ‘ain yang merangkumi tuntutan rukun iman dan rukun Islam. Dalam melakukan aktiviti fardu kifayah, jangan sampai meremehkan atau meringan-ringankan perkara-perkara fardhu ain seperti mempelajari dan meyakini rukun-rukun iman, solat, puasa dan sebagainya. Tidak akan sempurnakan sesuatu amalan fardhu kifayah sekiranya meninggalkan perkara fardu ain seperti sembahyang lima waktu.

Kesimpulannya

Kelima-lima di atas merupakan syarat bagi setiap amalan yang dapat diterima sebagai ibadat. Seperti yang kita ketahui, perkara yang kita lakukan seharian seperti makan, minum, tidur, mandi dan sabagainya adalah satu ibadat jika dilakukannya niat kerana Allah. Oleh itu, amalkan setiap perkara yang kita lakukan dimulai dengan Bismillah dan di akhiri dengan Alhamdulillah… Semoga dengan amalan tersebut sesuatu perkara yang kita lakukan itu diterima sebagai ibadah kepada Allah dan akan sentiasa dilindungi oleh Allah dan disempurnakan dengan lebih baik.. Wallahu’alam..

 

Sumber: Majalah i, Keluaran Januari 2011, bil 99, hlmn 23.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s