Dakwah Rasulullah saw secara sembunyi

Dalam kisah permulaan dakwah Rasulullah s.a.w., baginda memulainya dengan berdakwah secara sembunyi iaitu dakwah kepada orang-orang terdekat dengan baginda. Bemula dengan keluarga baginda, kemudian sahabat, dan seterusnya orang-orang baik yang dikenalinya. Mereka mengetahui bahawa Rasululullah s.a.w. adalah seorang yang baik, jujur, dan amanah. Oleh yang demikian, seruan dan ajakan baginda mendapat sambutan positif daripada mereka. Merekalah merupakan golongan yang terawal memeluk Islam yang tertulis dalam sejarah Islam dikenali sebagai As Saabiqun al Awwalun (generasi pertama memeluk agama Islam).

Orang pertama yang masuk Islam adalah isteri Nabi s.a.w. iaitu Khadijah binti Khaulid. Di ikuti oleh Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harith, dan seterusnya Abu Bakar. Oleh sebab Abu Bakar merupakan seorang yang berpengaruh, beliau berjaya  membantu Nabi dalam mengislamkan beberapa tokoh besar dalam Islam seperti Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam, Abdurrahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqqash, dan Thalhah bin Ubaidillah. Nama-nama ini adalah pembesar-pembesar Quraisy yang memeluk Islam melalui Abu Bakar, di samping juga Ali dan Zaid.

Melalui pendakwahan Nabi s.a.w. tersebut, pengikut nabi semakin bertambah dan terus tersebar di Mekah. Dengan dakwah secara sembunyi, Rasulullah s.a.w. sering berkumpul dengan mereka di rumah Arqam bin Abi Arqam untuk memberi pengajaran dan binbingan tetang Islam. Selain rumah Arqam, Nabi s.a.w. juga sering bertemu dengan mereka di rumah sahabat-sahabat yang lain, antaranya ialah di kediaman Sa’id bin Zaid. Namun, rumah Arqam dipilih oleh Rasulullah sebagai tempat utama gerakan dakwahnya.

Ketika itu, jumlah pengikut baginda baru mendekati empat puluh orang dan baginda menyedari bahawa jumlah yang masih sedikit tersebut tidak mampu menangkis serangan dan tekanan daripada pihak kafir Quraisy. Pendakwahan Rasulullah secara sembunyi ini dilakukan selama tiga tahun dan dalam fasa ini terbentuklah komunikasi kaum beriman atas dasar persaudaraan, tolong-menolong, saling menyampaikan risalah, dan mengatur kedudukan dan strategi.


Pada waktu Hamzah bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi s.a.w., dan sebahagian tokoh-tokoh besar Quraisy, termasuk Umar bin al-Khattab masuk Islam, barisan umat Islam semakin kukuh dan dan semakin kuat. Maka ketika itu turunlah ayat:

Maksudnya: Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu. Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, (Iaitu) mereka yang mengadakan Tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).

(Surah al-Hijr 15 : 94-96)

Dalam ayat di atas, Allah telah memberikan hikmah kepada Nabi-Nya yang mulia. Allah telah memerintahkan Nabi agar berdakwah bukan lagi secara sembunyi tetapi secara terang-terangan.

Ketika kedudukan umat Islam masih dianggap masih belum kuat dan ketika penyebaran kalimat tauhid itu dilakukan perseorangan oleh Nabi s.a.w., Allah memerintahkan baginda agar berdakwah secara sembunyi. Namun, apabila ketika barisan umat Islam dianggap cukup kuat, maka Allah memerintahkan Rasul-Nya berdakwah secara terang-terangan. Hal ini tentu saja mendapat perlawanan keras dari kaum Quraisy, seperti sudah diramalkan sebelumnya oleh umat Islam.[1]


[1] Said bin Al-Qahthani, Da’wah Islam Da’wah Bijak, 1994, Jakarta, Gema Insani Press. Hlm 109.

 

Definisi Metodologi Dakwah

Menurut kamus dewan edisi ke tiga, Metod (metode) bererti cara melakukan sesuatu atau sistem. Perkataan ini berasal daripada bahasa Inggeris iaitu method yang membawa maksud sistem, aturan atau kaedah. Ini bermakna pemakaian perkataan metod dalam bahasa melayu adalah sama ertinya dengan bahasa Inggeris.

Uslub ialah satu perkataan Arab yang bererti jalan atau cara. Mengikut peristilahn dakwah, uslub dakwah ialah penyampaian kandungan atau isi dakwah dengan ibarat dan bentuk yang tertentu. Manakala manhaj atau minhaj juga satu perkataan Arab yang bererti jalan atau cara.[1]

Ada satu lagi perktaan yang penting dalam dakwah iaitu wasilah yang bermaksud media atau saluran penyampaian kandungan tersebut yang kebiasaannya disampaikan melalui media massa.

Melalui pengertian di atas, uslub dan manhaj mempunyai satu pengertian yang sama dan kedua-duanya adalah sama dengan pengertian metod dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Oleh itu, metod, uslub, dan manhaj mempunyai kaitan yang sangat rapat antara satu sama lain, kerana ketiga-tiganya adalah satu berkaitan dari sudut makna.

Menurut Zaydan dalam kitabnya Usul al-Da’wah, metod dakwah ialah perkara-perkara yang berhubung dengan cara penyampain Islam dan menghilangkan halangan-halangan penyampaian.


Sebagai kesimpulan daripada pengertian-pengertian di atas, metodologi dakwah itu bererti kajian mengenai kaedah atau cara pemnyampaian Islam kepada sasaran dakwah. Dalam jalan dakwah ini, ia memerlukan keadah-kaedah tertentu kerana jika ia disampaikan dengan cara sambil lewa atau tidak berhikmah, dakwah seseorang itu tidak akan sampai atau tidak memberi kesan kepada sasaran dakwah.


[1] Ab. Aziz Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, 1997, Kuala Lumpur, Universiti Malaya. Hlm. 75

 

5 Syarat Ibadah



Setiap perbuatan atau pekerjaan yang kita lakukan seharian akan dinilai sebagai ibadah apabila ia memenuhi syarat. Dalam perbincangan ini ibadah bukanlah berkaitan dengan ibadah khusus sahaja seperti fardhu ain, tetapi sebenarnya apa sahaja perbuatan kita atau pekerjaan kita yang melibatkan fardhu kifayah akan menjadi amal yang soleh sekiranya ia memenuhi syarat2 berikut:

i – Niat

ii- pelaksanaan

iii – natijah

iv – perkara atau subjek

v – mengerjakan amalan fardu

 


Niat

Setiap sesuatu perkara atau amalan yang dilakukan mestilah niat kerana Allah, bukanlah kerana nilai-nilai komersial, kemasyhuran ataupun kehendak duniawi yang lain. Niat suci itu haruslah dijadikan  titik awal ketika melakukan perkara tersebut dan dikekalkan terus selama mana ia berada di bidang tersebut.

Perlaksanaan

Tujuan tidak menghalalkan cara. Niat yang baik mestilah dilaksanakan dengan cara yang baik. sebagai contoh jika seseorang terjun dalam bidang penulis, tulisannya itu mestilah bebas daripada unsur fitnah, mengumpat, mengadu domba, berbohong, dan sifat mazmumah yang lain. Matlamat yang baik tidak boleh dijadikan alasan untuk melanggar prinsip ini. Rasulullah s.a.w., para sahabat dan umumnya para salafussolleh telah memperjuangkan kebenaran (Islam) dengan cara yang benar, bukan dengan cara salah.

Natijah

Tulisan yang baik akan menjulang dan mendatangkan keuntungan metarial kepada diri penulis, jangan sesekali keuntungan metarial itu dihamburkan (dibelanjakan) ke jalan yang salah. Penulis juga tidak boleh tidak boleh sombong riak dan sum’ah jika tulisannya mendapat sambutan yang baik daripada pembaca masyarakat.

Perkara atau Subjek

Islam tidak pernah meghalang manusia dari menceburi bidang ini, malah mendorong dan mengatur supaya setiap aktiviti dalam kehidupan dapat memberikan manfaat dunia dan akhirat, dengan syarat ia tidak dicemari oleh perkara-perkara yang haram di sisi syariat.

Mengerjakan perkara-perkara yang fardu

Kesibukan tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan atau meremehremehkan perkara fardu ‘ain yang merangkumi tuntutan rukun iman dan rukun Islam. Dalam melakukan aktiviti fardu kifayah, jangan sampai meremehkan atau meringan-ringankan perkara-perkara fardhu ain seperti mempelajari dan meyakini rukun-rukun iman, solat, puasa dan sebagainya. Tidak akan sempurnakan sesuatu amalan fardhu kifayah sekiranya meninggalkan perkara fardu ain seperti sembahyang lima waktu.

Kesimpulannya

Kelima-lima di atas merupakan syarat bagi setiap amalan yang dapat diterima sebagai ibadat. Seperti yang kita ketahui, perkara yang kita lakukan seharian seperti makan, minum, tidur, mandi dan sabagainya adalah satu ibadat jika dilakukannya niat kerana Allah. Oleh itu, amalkan setiap perkara yang kita lakukan dimulai dengan Bismillah dan di akhiri dengan Alhamdulillah… Semoga dengan amalan tersebut sesuatu perkara yang kita lakukan itu diterima sebagai ibadah kepada Allah dan akan sentiasa dilindungi oleh Allah dan disempurnakan dengan lebih baik.. Wallahu’alam..

 

Sumber: Majalah i, Keluaran Januari 2011, bil 99, hlmn 23.

DEFINISI DAKWAH MENGIKUT PENDAPAT TOKOH-TOKOH ISLAM’

Dalam ilmu dakwah, sering kali masyaratkat menyalah tafsirnya…. Orang akan kate dakwah tu untuk orang agama je, kami nie xde ilmu pun, xlayak untuk dakwah orang sbb x sempurna lagi… disini saya memerhati beberapa keperluan untuk saya jelaskan tentang definisi sebenar dakwah…

DEFINISI DAKWAH

Pengertian dakwah mempunyai beberapa pengertian dan istilah, perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab. Antara pengertian dakwah yang biasa kita fahami ialah seperti meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru, dan melaung.[1] Dalam tafsiran mengikut ahli dakwah, perkataan tersebut mempunyai peristilahan dan maknanya yang tersendiri.

Muhammad al-Ghazali memberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

Dalam pengertian mengikut Dr. Yusuf al-Qaradawi pula, beliau mendefinisikan dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghamabaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya.

Adam Abdullah al-Auri dalm kitabnya Tarikh al-Dakwah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir meraka terjerumus kedalamnya.

Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.

Dr. Ra’uf Shalabi menerangkan bahawa dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.[2]

Daripada penerangan atau pengertian dakwah yang telah dijelaskan oleh beberapa tokoh di atas, boleh dibuat satu kesimpulan bahawa dakwah itu merupakan satu usaha seseorang atau berkumpulan untuk menyeru manusia dengan menggunakan beberapa pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah.

Ia bukanlah satu yang berat, kerana nasihat yang itu juga merukan satu dakwah. Apabila seseorang itu terus merasakan diri masih tidak sempurna untuk memberi nasihat atau menyeru kepada kebaikan, sememangnya manusia ini semuanya tidak ada yang sempurna. Tetapi kita perlu ingat bahawa kita berilmu, ilmu itulah apabila diamal dan mengajak orang lain bersama-sama melakukannya ia merukan satu dakwah atau satu kebajikan kepada umat Islam (Ilmu yang baik). Dalil dalam al-Quran dalam surah al-Nahl, ayat 125 yang bermaksud:

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

(surah al-Nahl: 125)

Dari itulah kita mengetahui bahawa yang Islam itu mudah.. Wallahu’alam..


[1] Ab. Aziz Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, 1997, Kuala Lumpur, Universiti Malaya. Hlm. 1

[2] Ab. Aziz Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, 1997, Kuala Lumpur, Universiti Malaya. Hlm. 2

Selamat Hari Lahir Wahai Sahabatku….

Hari ini 11/11/2010….. genaplah umurnya 20 tahun… malam nie die marah kat aku… sebab xwish pun befday die… haha.. sebenarnye saje je… nak balas balik yang aku punye befday ari tu.. punyalah aku tunggu.. last2 ade la jugak… aku buat2 lupe yg aku kate aku x ingt.. haha.. padahal kecewa gak 10sen dgn die… kui3x… Ape2 pun nak wish… selamat menyambut hari lahir yang ke 20.. tua dah erk…. semoga mendapat keberkatan umur dan rezaki…. Pasal hadiah tuggu ye.. Nnt2 akan menyusul.. sbb tgh bzy exam nie….. mesti korang tertanye-tanye sape budak yg aku wish nie… xpela, biarkan rahsia… tuan die tau la.. hahaha..

Selamat menyabut ulang tahun kelahiran yang ke 20… Miss Yuyuk…

Lagu dari adik cute, Upin dan Ipin… (^_^)

Lagu khas buat teman, sahabat, kawan…. Selamat hari lahir…

Wassalam…. My lovely Friend…

Sedang belajar cara menghias blog…

Percubaan pertama membuatkan saya teruja, tetapi ia memenatkatkan kerana agak susah menggunakan wordpress ini… ramai kawan saya menggunakan blogspot.com… tapi saya ingin membuat kelainan, konon je la… (^_^)

 

 

 

 

 

Inilah logo KIPSAS, logo lambang kebanggaan setiap warga KIPSAS…

 

inilah sedutan video panorama dan pengenalan kepada KIPSAS…..

 

 

Salam Perkenalan, Salam Ukhwah, dan Salam Satu Malaysia

Assalamu’alaikum…..

Buat pertama kali penulis membuat blog, ini hanyalah percubaan pertama dan diharapkan kemahiran bertambah dalam menyusun atur blog. Penulis terpanggil untuk menulis kerana minat untuk berkongsi ilmu, bukanlah untuk mengajar tetapi hanya untuk pengetahuan umum dari segala aspek yang berada dalam pemikiran penulis. Untuk sesi pertama ini penulis tidaklah ingin berbincang atau berkongsi apa-apa, tetapi hanya untuk pengenalan sahaja. Diharapkan kepada pembaca atau pengujung blog ini dapatlah berkongsi apa-apa yang patut diperbaiki… Bagi mengakhiri kata-kata pengenalan ini, penulis mengharapkan sokongan daripada sahabat dan sahabiah dalam menjayakan blog ini, kerana jika tiada anda siapalah saya. Wassalam….