Dakwah Rasulullah saw secara sembunyi

Dalam kisah permulaan dakwah Rasulullah s.a.w., baginda memulainya dengan berdakwah secara sembunyi iaitu dakwah kepada orang-orang terdekat dengan baginda. Bemula dengan keluarga baginda, kemudian sahabat, dan seterusnya orang-orang baik yang dikenalinya. Mereka mengetahui bahawa Rasululullah s.a.w. adalah seorang yang baik, jujur, dan amanah. Oleh yang demikian, seruan dan ajakan baginda mendapat sambutan positif daripada mereka. Merekalah merupakan golongan yang terawal memeluk Islam yang tertulis dalam sejarah Islam dikenali sebagai As Saabiqun al Awwalun (generasi pertama memeluk agama Islam).

Orang pertama yang masuk Islam adalah isteri Nabi s.a.w. iaitu Khadijah binti Khaulid. Di ikuti oleh Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harith, dan seterusnya Abu Bakar. Oleh sebab Abu Bakar merupakan seorang yang berpengaruh, beliau berjaya  membantu Nabi dalam mengislamkan beberapa tokoh besar dalam Islam seperti Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam, Abdurrahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqqash, dan Thalhah bin Ubaidillah. Nama-nama ini adalah pembesar-pembesar Quraisy yang memeluk Islam melalui Abu Bakar, di samping juga Ali dan Zaid.

Melalui pendakwahan Nabi s.a.w. tersebut, pengikut nabi semakin bertambah dan terus tersebar di Mekah. Dengan dakwah secara sembunyi, Rasulullah s.a.w. sering berkumpul dengan mereka di rumah Arqam bin Abi Arqam untuk memberi pengajaran dan binbingan tetang Islam. Selain rumah Arqam, Nabi s.a.w. juga sering bertemu dengan mereka di rumah sahabat-sahabat yang lain, antaranya ialah di kediaman Sa’id bin Zaid. Namun, rumah Arqam dipilih oleh Rasulullah sebagai tempat utama gerakan dakwahnya.

Ketika itu, jumlah pengikut baginda baru mendekati empat puluh orang dan baginda menyedari bahawa jumlah yang masih sedikit tersebut tidak mampu menangkis serangan dan tekanan daripada pihak kafir Quraisy. Pendakwahan Rasulullah secara sembunyi ini dilakukan selama tiga tahun dan dalam fasa ini terbentuklah komunikasi kaum beriman atas dasar persaudaraan, tolong-menolong, saling menyampaikan risalah, dan mengatur kedudukan dan strategi.


Pada waktu Hamzah bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi s.a.w., dan sebahagian tokoh-tokoh besar Quraisy, termasuk Umar bin al-Khattab masuk Islam, barisan umat Islam semakin kukuh dan dan semakin kuat. Maka ketika itu turunlah ayat:

Maksudnya: Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu. Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, (Iaitu) mereka yang mengadakan Tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).

(Surah al-Hijr 15 : 94-96)

Dalam ayat di atas, Allah telah memberikan hikmah kepada Nabi-Nya yang mulia. Allah telah memerintahkan Nabi agar berdakwah bukan lagi secara sembunyi tetapi secara terang-terangan.

Ketika kedudukan umat Islam masih dianggap masih belum kuat dan ketika penyebaran kalimat tauhid itu dilakukan perseorangan oleh Nabi s.a.w., Allah memerintahkan baginda agar berdakwah secara sembunyi. Namun, apabila ketika barisan umat Islam dianggap cukup kuat, maka Allah memerintahkan Rasul-Nya berdakwah secara terang-terangan. Hal ini tentu saja mendapat perlawanan keras dari kaum Quraisy, seperti sudah diramalkan sebelumnya oleh umat Islam.[1]


[1] Said bin Al-Qahthani, Da’wah Islam Da’wah Bijak, 1994, Jakarta, Gema Insani Press. Hlm 109.

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s