DEFINISI DAKWAH MENGIKUT PENDAPAT TOKOH-TOKOH ISLAM’

Dalam ilmu dakwah, sering kali masyaratkat menyalah tafsirnya…. Orang akan kate dakwah tu untuk orang agama je, kami nie xde ilmu pun, xlayak untuk dakwah orang sbb x sempurna lagi… disini saya memerhati beberapa keperluan untuk saya jelaskan tentang definisi sebenar dakwah…

DEFINISI DAKWAH

Pengertian dakwah mempunyai beberapa pengertian dan istilah, perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab. Antara pengertian dakwah yang biasa kita fahami ialah seperti meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru, dan melaung.[1] Dalam tafsiran mengikut ahli dakwah, perkataan tersebut mempunyai peristilahan dan maknanya yang tersendiri.

Muhammad al-Ghazali memberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

Dalam pengertian mengikut Dr. Yusuf al-Qaradawi pula, beliau mendefinisikan dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghamabaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya.

Adam Abdullah al-Auri dalm kitabnya Tarikh al-Dakwah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir meraka terjerumus kedalamnya.

Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.

Dr. Ra’uf Shalabi menerangkan bahawa dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.[2]

Daripada penerangan atau pengertian dakwah yang telah dijelaskan oleh beberapa tokoh di atas, boleh dibuat satu kesimpulan bahawa dakwah itu merupakan satu usaha seseorang atau berkumpulan untuk menyeru manusia dengan menggunakan beberapa pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah.

Ia bukanlah satu yang berat, kerana nasihat yang itu juga merukan satu dakwah. Apabila seseorang itu terus merasakan diri masih tidak sempurna untuk memberi nasihat atau menyeru kepada kebaikan, sememangnya manusia ini semuanya tidak ada yang sempurna. Tetapi kita perlu ingat bahawa kita berilmu, ilmu itulah apabila diamal dan mengajak orang lain bersama-sama melakukannya ia merukan satu dakwah atau satu kebajikan kepada umat Islam (Ilmu yang baik). Dalil dalam al-Quran dalam surah al-Nahl, ayat 125 yang bermaksud:

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

(surah al-Nahl: 125)

Dari itulah kita mengetahui bahawa yang Islam itu mudah.. Wallahu’alam..


[1] Ab. Aziz Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, 1997, Kuala Lumpur, Universiti Malaya. Hlm. 1

[2] Ab. Aziz Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, 1997, Kuala Lumpur, Universiti Malaya. Hlm. 2

20 thoughts on “DEFINISI DAKWAH MENGIKUT PENDAPAT TOKOH-TOKOH ISLAM’

  1. salam. saya nak mohon keizinan untuk menggunakan artikal ini dalam kajian tesis saya. saya nak tau sumber definasi tokoh tue skali boleh x?

    • Wlkmslm… Maaf lambt rply… InsyaAllah bleh… sumber yg ana dpt dr buku karangan Ab. Aziz Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, 1997, Kuala Lumpur, Universiti Malaya. dan http://ctu101.blogspot.com/2008/04/konsep-dakwah-dalam-islam.html (Thursday, 17 April 2008: Abd Aziz bin Harjin – Pensyarah uitm perlis)

      *sbnrye nie pun sbhgian tajuk yg ade dlm tesis ana…

      • boleh saya minta tajuk buku tersebut .

      • -Muhammad al-Ghazali, 1981, Ma’a Allah (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Hlm. 17
        -Dr. Yusuf al-Qaradawi, 1978, Thaqafah al-Da’iyah, Beirut. Hlm. 5
        -Adam Abdullah al-Aluri, 1989, Tarikh al-Dakwah al-Da’wah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum, Kaherah: Maktabah Wahbah. Hlm. 17
        -Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal, 1977, al-Da’wah ila Allah Ta’ala: Khasaisuha Muqawimatuha Manahijuha. Hlm. 18
        -Dr. Ra’uf Shalabi, 1982, Sikulugiyah al-Ra’I wa al-Da’wah, Kuwait: Dar al-Qalam. Hlm. 49
        -Abu Ala’Al-Mawdudi-http://ctu101.blogspot.com/2008/04/konsep-dakwah-dalam-islam.html, Abd Aziz bin Harjin, 17 April 2008.

        Anda juga boleh rujuk buku-buku ni
        - Ab. Aziz Mohd. Zin, 1997, Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur, Universiti Malaya.
        - Abdul Karim Zaidan (Dr), Dasar-dasar Ilmu Da’wah I, 1984, Pustaka Al Ameen, Kuala Lumpur.
        - Abdul Karim Zaidan (Dr), Dasar-dasar Ilmu Da’wah II, 1984, Pustaka Al Ameen, Kuala Lumpur.
        - Abdul Karim Zaidan (Dr), Islam dan Dakwah,, 2002, Pustaka Salam Sdn. Bhd.

      • maaf…mungkin bley cuba tgk dlm buku pengantar dakwah islamiah, abd aziz mohd zin, universiti malaya…..

      • Ye… ni mmg dari buku tu….

    • -Muhammad al-Ghazali, 1981, Ma’a Allah (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Hlm. 17
      -Dr. Yusuf al-Qaradawi, 1978, Thaqafah al-Da’iyah, Beirut. Hlm. 5
      -Adam Abdullah al-Aluri, 1989, Tarikh al-Dakwah al-Da’wah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum, Kaherah: Maktabah Wahbah. Hlm. 17
      -Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal, 1977, al-Da’wah ila Allah Ta’ala: Khasaisuha Muqawimatuha Manahijuha. Hlm. 18
      -Dr. Ra’uf Shalabi, 1982, Sikulugiyah al-Ra’I wa al-Da’wah, Kuwait: Dar al-Qalam. Hlm. 49
      -Abu Ala’Al-Mawdudi-http://ctu101.blogspot.com/2008/04/konsep-dakwah-dalam-islam.html, Abd Aziz bin Harjin, 17 April 2008.

      Anda juga boleh rujuk buku-buku ni
      - Ab. Aziz Mohd. Zin, 1997, Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur, Universiti Malaya.
      - Abdul Karim Zaidan (Dr), Dasar-dasar Ilmu Da’wah I, 1984, Pustaka Al Ameen, Kuala Lumpur.
      - Abdul Karim Zaidan (Dr), Dasar-dasar Ilmu Da’wah II, 1984, Pustaka Al Ameen, Kuala Lumpur.
      - Abdul Karim Zaidan (Dr), Islam dan Dakwah,, 2002, Pustaka Salam Sdn. Bhd.

  2. Assalamualaikum saudara..izinkan saya share(copy paste) coretan saudara bkenaan pengertian dakwah di blog peribadi saya untuk ingatan buat diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat lain di luar sana,
    Moga usaha dakwah saudara dipermudahkan Allah SWT.
    Syukran.

  3. salam..mohon share article di atas..untuk maklumat pengajian saya..saudara ada tak maklumat tokoh dan cara pendakwah tersebut berdakwah..

    • Wlkmslm…. InsyaAllah…. silakan…. semoga dipermudahkan segala urusan… Amin… (segala hak cipta adalah milik Allah)
      untuk maklumat tokoh2 tersebut…. saya xde maklumat, sebab saya ambil maklumat tersebut di perpustakaan…

  4. salam.. sahabat ada x maklumat mengenai uslub dakwah al- wa’du dan al-wa’id ( janji baik dan janji buruk )..?

  5. Salam , mohon izin ya copy sedikit maklumat utk asignment saya . :)

  6. salam, saya nak minta kebenaran untuk masukkn artikel ini dalam penulisan buku saya boleh tak??

  7. anta boleh x berikan bibliografi dari kata2 Muhamad al ghazali dan Dr. Yusuf al-Qaradawi..dah cara utk ana tulis dalam petikan ana..sbb pendapat tokoh ni kan perlukan (tahun :dan muka surat),,..moh onJZZK

  8. salam, mtk izin copy ya..

  9. salam izinkan saya untuk jadikan coretan anda sbgai sumber rujukan

  10. Pingback: Media Tabligh DigunakanOleh KH. Abdul Hamid | norziahmediatabligh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s